Projek Pembangunan Kemahiran Keusahawanan Wanita Kategori B40 di Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Sering, Selangor dan Flat Taman Keramat, Kuala Lumpur

Projek Pembangunan Kemahiran Keusahawanan Wanita

Cagamas, melalui kerjasama tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) bersama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Women of Will (WoW), menyumbang ke arah membangun dan melengkapkan wanita dalam kategori B40 dengan kemahiran pemasaran dan pembangunan produk mereka melalui satu siri latihan kemahiran keusahawanan.

Siri latihan ini dijalankan oleh WoW selama enam bulan dan disertai oleh 25 peserta wanita daripada PPR Sugai Sering, Selangor, dan Flat Taman Keramat, Kuala Lumpur. Kemahiran keusahawanan yang diperolehi akan membolehkan para usahawan wanita meningkatkan daya saing perniagaan mereka. Di samping itu, usahawan wanita ini juga boleh memberi sokongan pendapatan kepada keluarga masing-masing dengan impak kira-kira 100 ahli keluarga. Kira-kira 500 ahli komuniti B40 juga dapat manfaat hidangan panas hasil masakan daripada usahawan wanita ini.

Wow-1

Siri latihan kemahiran itu bermula serentak pada bulan Februari hingga Jun 2023 dan terdiri dari empat modul iaitu kemahiran pemasaran dan pemasaran digital, kemahiran pembangunan produk (latihan membuat kek), dan sesi bimbingan perniagaan serta pengurusan kewangan. 

wow-2Wow-3

Selain itu, para usahawan wanita ini juga menjalankan aktiviti memasak bagi tujuan pengagihan pek makanan kepada keluarga daif di PPR mereka. Di samping membantu menangani keperluan bantuan makanan dalam komuniti, mereka juga dapat mempraktikkan resipi dan kemahiran yang telah dipelajari.

Wow-4

WoW juga telah menobatkan tiga (3) usahawan wanita dari program keusahawanan ini sebagai usahawan wanita yang berpotensi tinggi dalam perniagaan masing-masing. Klik pada pautan di bawah untuk membaca lebih lanjut mengenai perkongsian kisah keusahawanan mereka.

Rokiah
Siti Rahayu
Azlinda
Video file